Wednesday, March 7, 2012

Program Jalinan Kasih UMNO Bakri bersama Jabatan Penerangan Malaysia
(DUN Bukit Naning, Sungai Abong, Bentayan)
29 Feb - 2 Mac 2012






Thursday, December 15, 2011

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum w.b.t. Salam Jumaat, penghulu segala hari.Hari ini saya ingin berkongsi satu tazkirah Jumaat yang dipetik dari Internet:


7 Cara bersahabat kerana Allah


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)


Wednesday, December 7, 2011

Persidangan UMNO 2011 di PWTC.










Wednesday, November 23, 2011

BN janji selesai masalah air di Kelantan

TANAH MERAH 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.

Beliau berkata, bekalan air bersih yang diterima sebahagian rakyat Kelantan hari ini pun merupakan ihsan dan usaha yang dilakukan BN ketika memerintah Kelantan suatu ketika dulu.
"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Pas tidak dapat memberikan apa-apa walaupun ini adalah perkara asas tetapi mereka gagal sampaikan anak-anak kita yang sedang membesar terpaksa menggunakan air kotor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1.4 juta untuk menyiapkan masjid di Kampung Belimbing.

Terdahulu ketika berucap, Ikmal turut memohon peruntukkan sebanyak RM4 juta daripada Kerajaan Pusat untuk untuk projek-projek kecil di daerah ini termasuk bekalan air bersih dan baik pulih masjid yang dapat memberi keselesaan kepada lebih 100,000 rakyat Tanah Merah.

Jelas beliau, rakyat Tanah Merah telah berjanji akan memberi sokongan padu kepada BN kerana kesedaran yang timbul bahawa nasib mereka hanya boleh dibela oleh kepimpinan BN.
"Banyak masjid dan surau di Tanah Merah yang teruk dan daif yang memerlukan perhatian kepemimpinan Pas tetapi langsung tidak diendahkan," ujarnya.

Sumber daripada: Utusan online 24/11/2011

Wednesday, July 7, 2010

MESYUARAT AGONG PERSATUAN BELIA MUTIARA PENGKALAN TIRAM

IMG_1947 (Large)

Monday, July 5, 2010

Kejohanan Badminton Remaja & Terbuka Muar 2010, Merebut Piala Hj Mohd Fuad Sempena Minggu Perpaduan Muar.

1

Thursday, July 1, 2010

Melawat Mangsa Kebakaran di Parit Tengah, Air Hitam, Muar

Imej025 (Large)